All About Love

Saturday, September 24, 2011

~ Panas Hati ~




HAAAAAAAAAAAAAA....minggu ni btul2 bt aku stess,tahu la nk melawak tp jgn la main ckp je...ingat aku hadap sgt ker gan smua tu...nk ckp apapun fikir la perasaan org sama,Cuba aku ckp mcm tu kt korang mesti korang pun panas hati jugakan,Banyak lg benda lain yg blh melawak tp kenapa benda2 mcm ni yg nk dijadiikan bahan melawak..Hal2 mcm ni melibatkan hati n perasaan so please understand my situation...Kerana melawak mcm ni blh menyebabkan pihak lain plak marah yang susahnya aku jugak...If nk melawak direct to me ok..but please not in public.

Saturday, September 17, 2011

~ Jodoh Sudah Tertulis ~






Semua orang bercakap soal jodoh... sume mengharapkn jodoh yg terbaik... namun ramai yg berpendapat, jodoh telah Allah tetapkan di Lauh Mahfuz, jadi kita tak mampu mengubahnya lagi..cukup sekadar menunggu dan redha dgn jodoh yg tiba.
aku telah terbaca risalah ini yang byk berbicara soal qada dan qadar.. tp yg menarik perhatian aku ialah ayat ini...

"Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau ‘takdir yang pasti’ dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama. Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: “Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan.” 

Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. 

Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”


Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia."

jadi soal jodoh kita masih boleh berubah selagi kita berusaha... Allah akan mentakdirkan kita dengan insan yg dianggap sesuai buat kita. sesungguhnya Allah yg lebih mengetahui segalanya.. cuma pesanku, jgnlah kita berputus asa utk mencari jodoh... tp andai jodoh yg dipinta tidak dimakbulkan Allah..ingtlah firman Allah:
 
“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Al- Baqarah:216


sama-sama berusaha mencari jodoh dan usaha yang paling baik ialah dengan berdoa, kepada pencipta kitalah tempat paling terbaik utk kita meminta...
satu pesanku, andai jodoh yg kita miliki tidak sebaik yg kita harapkan, jgnlah disalahkn pada takdir... renung dlm diri kita... adakah kita terlalu sempurna utk memiliki insan yg sempurna juga?
aku pling benci bila org2 yg merampas suami org lain sllu menyatakan.. "dah jodoh kami, terima jelah.." mereka menuding pada takdir, kononnya sudah tersurat sebegitu sedangkn mereka sndiri berusaha ke arah itu..
ada jugak yg bercerai menyalahkn takdir.. "jodoh setakat ni je, nk wat cmne.." mereka yg pendek akal ini senang saja berkata, tnpa ada ilmu di dada..
renung2kn la... aku akan sllu berusaha dan berdoa utk jodohku dan mengharapkn insan yg terbaik utk diri ini..amin~~~





So,aku tujukan entry ni utk diri aku jugak,dan sebagai peringatan,moga Allah sentiasa bersama kita :). 


Share entry from tintaalisha kirana. :)

Thursday, September 15, 2011

~ Cantik Pada Nilaian Lelaki ~



Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.
Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.
Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.
Tetapi awas.
Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.
Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.
Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.
Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.
Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.
Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.
Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.
Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.
Kerana apa?
Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.
Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.

CANTIK
Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.
Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?
Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.
Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.
Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.
Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.
Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.
Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.
Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.

MATANG
Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.
Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.
Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.
Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.
Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.
Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!
 BETUL KER SMUA NI??BTUL KER LELAKI X LIHAT RUPA PARAS BILA DH BERKAHWIN...BILA DGR LAGU STACY CINTA DOGENG RASA TU YG TERJADI DI DUNIA SKANG NI..HEHEHE
sekian.

Wednesday, September 14, 2011

~ I cried after watching this video ~


My friend posted this vid on her FB. i cried like a baby.. 

will always love you maa & abah..


~ Adriana Vs Damia ~

Halo Blogger..hehe...hari ni aku nk cite ttp 2 niece ke sayangan aku..sorang nama Nur Qistina Adriana n sorang lagi  Nur Qistina Damia...kalu dua2 ni xdak sehari aku dh mula rasa rindu kt diaorg ni...hari2 diaorg ni akan bt aku happy kdg2 menyakitkan hati jugak kalu bt perangai...Tp apapun aku x kisah coz diaorg la yg slalu bt aku happy hilang stress blk keje tgk muka diaorg ni...mehh aku tunjukkan pic diaorg jom scroll downn....



Pic ni Niece aku yg first Nur Qistina Adriana,hari ni genap umur dia 5 tahun dh besar pun anak menakan acu ni...dia ni panjang akal sikit suka bt aku geram. ..tp aku ttp syg dia coz dia la niece pertama aku..hehe..mlm2 tido gan aku ok...;)





Ok ni plak nama dia Nur Qistina Damia...dia br umur 10 bln...tp dh makin cerdik suka tiru apa yg kakak dia bt...Damia ni putih sikit dr akak dia..hehe...tp hobby si damia ni mkn je keje dia..blh dia menjerit 1 rumah kalu x kasi dia mkn..hahah.. damia ohh damia rindu acu kt damia..hehe..tp sian kt damia ni suka kena buli gan kakak dia (nana)..kalu dia geram dia akan jerit nananananan..hahaha...comel sgt...



Pic ni masa dua beradik tgh berdamai blh la amik pic diaorg bersama kalu x slalu je bercakaran...

KORANG TAHU TAK KALU DIAORG NI XDE WALAUPUN SEHARI BLH SASAU HIDUP AKU 
HEHEHEHE

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin utk smua yg sempat singgah kt blog aku ni...Raya tahun ni happy sgt,meriah coz smua kaum kerabat dapat berkumpul,tp x smua jugak yg ada kalu smua kumpul mau meletop suasana dalam umah tok aku tu...Apapun raya tahun ni aku dapat merasa nikmat raya yg dh lama aku x rasa..makkkkk tiap2 tahun nk raya kt kampung blhh????hehe...aku nk kasi korang tgk pic2 suasana raya kt umah tok aku..enjoyyy 



Ni masa kt umah aku lg...bergambar bersama akak n parent aku..


Ni bergambar bersama sepupu yg paling aku syg..


Ni masa kt kampung bergamba lg gan sepupu dan makcik2 n pakcik ku...

Pic wit sepupu2 lelaki..diaorg ni tgh main mercun walaupun smua dh besar2 tp perangai mcm bdk2..hahaha


Ni masa raya ke-3 sesi berkaraoke kt umah atok...diaorg ni sanggup share duit nk bt sesi karaoke..haha..mmg giler tul sepupu aku ni..apapun2 korang mmg terbaek...


kalu nk ikut kan byk lg pic2 tp aku kasi tgk itu je erk..hehehe

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI