All About Love

Saturday, June 16, 2012

~ Holiday in Jakarta,Bandung & Puncak (Days-4,5,6)

Sorry lambat Upload Entry ni..haha...Bz sikit laaa..so Layan yee

Dalam Entry ni dh msuk hari ke-4 kami brp di Bandung,Hari yang ke-4 ni kami akan di bw utk ke Puncak,keadaan di puncak seperti kt cameron Highland sepanjang perjalanan kita blh melihat byk ladang teh di kawasan tu..dr bandung ke Puncak mengambil masa lbh kurang 2 jam jgk perjalanan,Perjalanan ke sana agak sesak jgk coz jalan yg sempit dan keadaan jalan yg agak teruk .Di puncak yang bestnya coz ada Taman Safari.So kitaorg decide nk pegi ke taman safari tu dan kami kena byr sendiri utk entrance seorg Rp150000.walaupun mahal tp berbaloi.Jom layan pic kt bwh.

Day-4

Before kami bergerak ke puncak kami sempat lagi singgah di Pasar baru utk ke dua kali coz ada lg kain pasang yg tak sempat di beli dan kemudian kami sempat jgk lagi pegi shopping di bali heaven.tp kt bali heaven ni xde apa sgt yang manarik utk di shopping.

Di Hadapan Bali heaven Factory 

Diaorg dh penat shopping just duduk n wait saya n my sis shopping..walaupu xde apa sgt tp sempat jgk saya beli 3 helai baju utk pakai pegi keje..

Keadaan di bali heaven ni agak kurang org berbanding di Rumah Mode yg sesak gan manusia..hehe

Pas Shopping Di bali Heaven kitaorg pegi Lunch dlu sebelum terus bertolak ke Puncak,seperti biasa kitaorg makan masakan Padang..sedap sgt.

Lepas Makan kami teruskan perjalanan kePuncak..sepanjang perjalanan keadaan sekeliling kampung di sana sgt sedih kalu kita tgk..saya bernasib baik dilahirkan dia Malaysia yg serba Moden.Jom tgk plak pic sepanjang perjalanan ke Puncak.

Puncak

Keadaan Masa kami hendak smpai ke puncak sgt la sejuk dan berkabus..sesampai kami di satu kawasan rehat tour guide kami berhentikan kereta utk memberi kami peluang mengambil gambar.

Masa di perhentian sblum kitaorg smpai ke Puncak..

Kitaorg terserempak dgn pelumba basikal dr Bandung,korang tgk kabus tu huhu..sejuk sgt

Me with my sil..dh tak tahan kesejukan.

keadaan jalan sepanjang ke Puncak.



Setiba kami di Puncak kami menginap di Hotel Surya Indah..Keadaan Cuaca kt sini dh mcm kt cameron highland best sgt keadaan pun sunyi je..tempat penginapan pun ok..

 ni masa kt depan our chalet

My parents kt lobby...

Yang tak bestnya kitaorg dapat smlm je kt sini keesokannya dh nk blk jakarta..Tp mlm tu kitaorg sempat karok kt cafe diaorg..best sgt..


TAMAN SAFARI , PUNCAK


Lepas kitaorg check out...kitaorg terus kan perjalanan ke taman safari before smpai ke Jakarta.
Taman safari ni kitaorg pegi pasal tour guide kitaorg rekemen kan tempat yang patut pergi kalau dh smpai ke Puncak.So kitaorg pun decide nk pegi so kitaorg kena bayar IDR120000 perperson utk masuk ke dlm taman safari ni..tp mmg tak rugi pegi jom layan pic2 kt bwh.


my sis in law with white tiger yg sgt manja..hehe

time memberi binatang makan...hanya carrot dibenarkan..so before msuk taman safari beli lah dulu carrot banyak2 ya..

My bro pun nk bagi mkn jgk..hehe..best sgtt pengalaman yang xde kt malaysia


Ni plak pintu gerbang ke zon bahaya iaitu zon Harimau,singa dan jgk zone beruang..Masa masuk zone ni cermin kereta kena tutup coz singa n harimau berkeliaran sekitar kereta kita..



Ni plak masa show Dophin..mmg best..tour guide kita drop kan kita kt sini so xyah la jalan jauh2 coz taman safari ni sgt la besar.

Ni plak show Cowboy...mmg terbaik show ni...saya sempat amik pic gan mr.sheriff yg tampan..hehe

sekitar pertunjukkan cowboy show

Dihadapan pintu gerbang Cowboy show


Korang yang nak pergi ke Puncak jangan lupa singgah ke taman safari ni..mmg tak rugi kalu kita bayar mahal pun coz sgt best ...saya yang besar ni pun teruja masa beri binatang tu makanan..yang best lg kita xpayanh nak berjalan.


selepas lbh kurang 4 jam di Taman safari ni,kitaorg pun lunch di sekitar Taman safari tu.lepas lunch kitaorg teruskan perjalanan ke jakarta dan check in di hotel yang sama semasa first day kitaorg smpai jakarta..i love that hotel..hehehe...

JAKARTA

Setiba di jakarta.kitaorg terus check-in coz badan dh letih sangat.kalu ikut ittinery kitaorg akan terus ke tanah abang..tp kitaorg bt keputusan untuk tidak pergi,lgpun pulus pun dh berkurangan..hahah..karang tgk lg nk beli lg..hehe...luggage pun bertambah...so lepas bincang kitaorg just minta tour guide tu bwkan kitaorg gi dataran yang famous kt jakarta dan lepas tu ke hard rock Jakarta..Jom layan pic lg..hehe

Masa ni kt Hard Rock Jakarta,tgh try topi hehe dh ala2 Bruno Mars

hehe suka2 dpt jgk sehelai baju hard rock jakarta..tp my bro n sis yg sponsor..harga t-shirt mahal sikit dr IDR120000 hingga IDR500000.

Borong sakan..haha..dh dkt 1juta lbh kitaorg hbs kt hard rock je...huhu

Ni plak dataran kt Jakarta

Kat atas ni dibuat dari Gold tau..huhu..tinggi tu


Lepas pegi dua tempat ni..kitaorg pun dinner n blk hotel coz dh nk packing esok dh nk blk malaysia..huhu...nanti mesti rindu nk dtg lg..


Jakarta Mangga 2

ok ni kira last day kt jakarta...lepas check out seawal kul 8 pagi kitaorg terus ke mangga dua tempat shopping yang famous kt jakarta...so kitaorg kt sini hbskan duit2 rupiah yang tinggal..hehe..Jom layan pic lg

ni di Kompleks Mangga 2..pening2 tgk byk barang.

 Sekitar mangga 2


Tak banyak barang sgt yang kitaorg beli kat sini..just beli Jam tangan Manchester United gan harga 1juta mahal sikit...hehe..tp cantik...original..dan kita beli jugak kasut croc kt sini murah sgt.


Luggage kitaorg dh penuh van,sian kt mr.nuh pening nk susun barang kitaorg


ni masa boarding...tgk tu beg2 yang kita tak blh msuk cargo coz dh full..hehe...kt cargo je dh 6 bag tak msuk hand carry lg..huhu mmg shopping sakan..

My mom happy dpt shopping kt bandung.

waiting untuk check in bag..Before check-in beg kita kena gi byr airport tax n self print ticket dlu.


huhu sebahagian trolley

dalam bag tu smua kain pasang banyak n telekung..hehe..korang tgk la t-shirt yang kita smua org pakai tu...t-shirt yang kitaorg beli masa kt hard rock jakarta..hehe


Tamat la segala perjalanan kitaorg sepanjang berada di Jakarta dan bandung selama 6 hari...memamg berbaloi kalau habis duit banyak pun..terbaik tour yang kita guna ni..layan sgt baik dan kitaorg sgt puas hati..kos untuk shopping kitaorg dh hbs hampir 8juta lbh kurang duit malaysia dlm rm5000..hehehe..tp berbaloi2..


Home sweet home..welcome back to malaysia gan perasaan yang sgt rindu nk pegi lg..hehe..insyallah awal tahun 2013 saya akan ke Bali pulak..yahooo..hehe..



Monday, June 11, 2012

~ Genap 26 Tahun ~

Lama rasa tak coret kt dalam blog ni..Entry hari tu pun tak sempat nk hbskan.being bz latery ni...

Baru ni 8.6.2012 genap la umur sy 26 tahun...Takut sangat bila tgk angka 26 ni,dh rasa tersangat la tua pulak..tp muka still baby face okkk..hehe..Pada usia 26 ni byk lg yg aku tak dpt kecapi lg...aku akan terus berusaha smpai dpt yg diidamkan,dlm diri ni pun masih lg kosong mencari apa yg diinginkan...Kawan2 smua kebanyakkan umur 26 ni dh menpunyai anak ke-2 dan ada jugak yg sedang menunggu kelahiran..terasa happy bila tgk diaorg smua bahagia disamping org yg disayangi...Tapi aku??ermmm masih terkapai2 dalam dunia sdiri...Tapi aku bersyukur dalam usia 26tahun ni,aku mempunyai kerjaya yg bagus,aku dpt melihat negara2 org dan aku mempunyai keluarga yg sentiasa berada disamping aku..Syukur kepadamu Ya Allah..




Kadang-kadang aku terfikir jgk..Ramai yang persoalkan knp aku masih tak berkahwin sedangkan umur aku dh berganjak 26 tahun..Adakah diaorg ni fhm atau saja buat-buat tak faham...Jodoh,kematian smua di tangan tuhan,if aku tak kawen dalam usia 50 tahun akan datang pun maknanya aku masih xde jodoh.So perlu ker soalan mcm tu,tak fikir ker perasaan org dengan soalan-soalan remeh mcm tu sedangkan jawapan diaorg sdiri dh tahu.

Bagi aku perkahwinan tak semestinya dapat membahagiakan dan tak semestinya kita tak berkahwin kita tak blh bahagia,rasanya lagi bahagia jika tak berkahwin,bebas nk lakukan apa saja,bebas nk pergi mana pun tanpa ada commitment.

Ramai dikalangan kawan-kawan baik aku yang mempunyai problem tersendiri lepas berumahtangga,Kadang-kadang diaorg dihadapan aku berlagak macam diaorg ja mempunyai anak dan suami,tp masa ada masalah orang-orang macam aku jgk la diaorg cari untuk menceritakan hal-hal rumahtangga diaorg.

Pendapat aku perkahwinan ni bukan perkara yang mudah dan bukan perkara yang boleh kita amik ringan,Perkahwinan ni satu tanggungjawab yang besar allah berikan kepada kita,selepas lafaznya akad nikah kira smua beban tanggungjawab smua kita kena terima,Aku tak mahu nanti dah berkahwin,aku masih memerlukan pertolongan dari orang tua kami nanti.Biarlah betul2 matang baru berkahwin.Kalu setakat bercinta dan kawen bagi aku tu tak akan dpt menbahagiakan kalu kita sdiri tak fhm apa erti perkahwinan.So jgn persoalkan kenapa aku tak kahwin sedangkan diri sdiri pun masih tak betul dlm pergurusan rumah tangga.

Biarlah aku mengambil masa untuk berkahwin kerana aku tak mahu terburu-buru dalam memilih pasangan hidup,biarlah aku dapat suami yang lebih cintakan allah dari aku,yang sayangkan mak dia dari diri aku,yang mulia disisi allah dari diri aku ,yang blh bimbing aku ke jalan allah dan bkn membimbing aku ke lembah maksiat.Biarlah Jodoh ku di tentukan oleh Allah dan bkn ditentukan oleh manusia..Hanya gan allah akan aku meminta dan hanya gan allah aku menerima.Aku bkn mencari "suami" tp aku mencari sahabat yang sama-sama blh menempuh onak duri dalam rumah tangga dan mempunyai zuriat yang dilindungi dan diberkati allah.



KEPADA ORANG-ORANG YANG SUKA MEMPERSOALKAN TENTANG JODOH ,RENUNG2KAN LAH GAN APA YANG AKU CORETKAN NI.KADANG-KADANG SOALAN ITU BLH MENYEBABKAN ORANG MALU DAN BERKECIL HATI.