Lama rasa tak coret kt dalam blog ni..Entry hari tu pun tak sempat nk hbskan.being bz latery ni...
Baru ni 8.6.2012 genap la umur sy 26 tahun...Takut sangat bila tgk angka 26 ni,dh rasa tersangat la tua pulak..tp muka still baby face okkk..hehe..Pada usia 26 ni byk lg yg aku tak dpt kecapi lg...aku akan terus berusaha smpai dpt yg diidamkan,dlm diri ni pun masih lg kosong mencari apa yg diinginkan...Kawan2 smua kebanyakkan umur 26 ni dh menpunyai anak ke-2 dan ada jugak yg sedang menunggu kelahiran..terasa happy bila tgk diaorg smua bahagia disamping org yg disayangi...Tapi aku??ermmm masih terkapai2 dalam dunia sdiri...Tapi aku bersyukur dalam usia 26tahun ni,aku mempunyai kerjaya yg bagus,aku dpt melihat negara2 org dan aku mempunyai keluarga yg sentiasa berada disamping aku..Syukur kepadamu Ya Allah..
Kadang-kadang aku terfikir jgk..Ramai yang persoalkan knp aku masih tak berkahwin sedangkan umur aku dh berganjak 26 tahun..Adakah diaorg ni fhm atau saja buat-buat tak faham...Jodoh,kematian smua di tangan tuhan,if aku tak kawen dalam usia 50 tahun akan datang pun maknanya aku masih xde jodoh.So perlu ker soalan mcm tu,tak fikir ker perasaan org dengan soalan-soalan remeh mcm tu sedangkan jawapan diaorg sdiri dh tahu.
Bagi aku perkahwinan tak semestinya dapat membahagiakan dan tak semestinya kita tak berkahwin kita tak blh bahagia,rasanya lagi bahagia jika tak berkahwin,bebas nk lakukan apa saja,bebas nk pergi mana pun tanpa ada commitment.
Ramai dikalangan kawan-kawan baik aku yang mempunyai problem tersendiri lepas berumahtangga,Kadang-kadang diaorg dihadapan aku berlagak macam diaorg ja mempunyai anak dan suami,tp masa ada masalah orang-orang macam aku jgk la diaorg cari untuk menceritakan hal-hal rumahtangga diaorg.
Pendapat aku perkahwinan ni bukan perkara yang mudah dan bukan perkara yang boleh kita amik ringan,Perkahwinan ni satu tanggungjawab yang besar allah berikan kepada kita,selepas lafaznya akad nikah kira smua beban tanggungjawab smua kita kena terima,Aku tak mahu nanti dah berkahwin,aku masih memerlukan pertolongan dari orang tua kami nanti.Biarlah betul2 matang baru berkahwin.Kalu setakat bercinta dan kawen bagi aku tu tak akan dpt menbahagiakan kalu kita sdiri tak fhm apa erti perkahwinan.So jgn persoalkan kenapa aku tak kahwin sedangkan diri sdiri pun masih tak betul dlm pergurusan rumah tangga.
Biarlah aku mengambil masa untuk berkahwin kerana aku tak mahu terburu-buru dalam memilih pasangan hidup,biarlah aku dapat suami yang lebih cintakan allah dari aku,yang sayangkan mak dia dari diri aku,yang mulia disisi allah dari diri aku ,yang blh bimbing aku ke jalan allah dan bkn membimbing aku ke lembah maksiat.Biarlah Jodoh ku di tentukan oleh Allah dan bkn ditentukan oleh manusia..Hanya gan allah akan aku meminta dan hanya gan allah aku menerima.Aku bkn mencari "suami" tp aku mencari sahabat yang sama-sama blh menempuh onak duri dalam rumah tangga dan mempunyai zuriat yang dilindungi dan diberkati allah.
KEPADA ORANG-ORANG YANG SUKA MEMPERSOALKAN TENTANG JODOH ,RENUNG2KAN LAH GAN APA YANG AKU CORETKAN NI.KADANG-KADANG SOALAN ITU BLH MENYEBABKAN ORANG MALU DAN BERKECIL HATI.
No comments:
Post a Comment